Tuesday, 30 April 2013

Cara Tackle Yang Annoying.

Assalamualaikum.

Amboiii kalau part tackle laju je tangan tu nak klik kan hihi ! Kalau isi dia hampeh, aku minta maaf lah ye. Almaklumlah empunya belog ni sangatlah tidak famous, jadi jumlah lelaki yang ngorat dia pun amatlah sedikit. Tapi takpe. Sikit sikit lama lama jadilah bukit kihkihkih. Aippp bayang bukit mana tu haaa ? Hahahahaha.



Sengal :D



1. Phiiwwwitttt awek laaaaa.

Haaa ni jijik. Serious geli weh. Nak acah acah pula en. Masa perempuan tu jalan sensorang berani lah kau dok sakat sakat dia. Weh tak semestinya bila pipi awek tu blushing, dia malu. Ada juga yang rasa marah bila kau buat dia macam tu. Mentang-mentanglah kau dok dalam group, nak tunjuk macho lettewww! Masa sensorang ada berani nak ngorat dia acentu ? Tak ennn. Elleh :P

2. Awak nak no phone. Campak sini okay : 999. Hahaha.

Kenal tak sampai berapa bulan, dah berani nak minta no. Entahlah, aku pun taktau apa masalahnya kalau setakat bagi no phone. Hahahaha. Tapi ni lah soalan paling susah untuk perempuan nak jawab bila lelaki minta. Well kalau perempuan tu pun sama menggeletis macam lelaki tu, dia bagi lah dengan sewenang-wenangnya. Nak ajor mereka-mereka ni, haaa bagi je no mak ayah kau. Mengadap lah kau sampai terkucil kihkihkih.

3. Body awak mantap lah. Aummmm.

Kalau baling kulit durian sedap ni weh. Takpun sumbat dengan biji durian kahkah. Kau sangap sangat ni asal doh ? Kawan aku ada cerita yang ada sorang mamat ni im dia. Mamat tu cakap dia tengok tangan kawan aku pun dia dah stim. Euwwwww ! Pergi langgan pelacur lah siaaa. Jijik sangat perangai kau huhu. Kalau aku lah, memang dah kena block dah mamat tu. Hmmm.

4. Apa-apa pun member jadi orang tengah.

Haduiiii bang oii ! Usaha sendiri lah banggg, baru gentle. Ni harap member je, asal ? Hmmm. Kalau dah macam gitu, baik member kau je yang ngorat perempuan tu. Lalalalala. Pe benda lah.

5. Niat yang salah.





Kau mengorat dia sebab dia cantik, suara dia cute, body dia best, duit dia banyak, sebab kena cabar dengan member, sebab kau bosan ? Lol, serious kau loser weh. Wahai kaum Hawa, janganlah cepat terpedaya dengan taktik lelaki ni. They have so many reasons kenapa nak ngorat awak, so be careful. Kalau taknak sakit, kau jaga-jagalah dari awal. Kalau nampak perangai dia lain macam, break up jewwww hahahahaha. Like minta gambar bukan-bukan dekat kau ke, asyik nak pinjam duit ke, takpun kejap hilang kejap datang haaaa dah terang sangat dia cari kau bila dia bosan. So break up lah. Takyah hadap lelaki macam tu. Simple enn hahaha x.x

Banyak lah cara nak kenal dengan perempuan tu yang mengikut landasan Islam, cuma engkau je yang malas nak kaji. Kalau kau serious dengan dia, kau guna lah cara yang matang. Lima cara dekat atas ni sangatlah kebudak-budakan okay :D Okay lah aku cuma share apa yang aku rasa, kalau ada yang terasa aku minta maaf okay. Tapi tu lah, setiap orang ada cara masing-masing. Kalau rasa cara kau betul,  teruskannnn ;))

Friday, 26 April 2013

Kenapa Aku Beza Dengan Perempuan Lain.

Assalamualaikum.

Semua orang ada minat masing-masing. Betul tak ? So hari ni nak share apa benda yang aku tak suka buat masa SEKARANG. Katalah, esok-esok aku terrrrsuka pulak, aku akan update dekat entry ni okay hewheww x.x

Okay first thing yang aku tak suka. SURPRISE ! Eh bukan nak surprise kan korang kahkah. But tuuuu lah yang aku tak suka. TAK SUKA SURPRISE. Huhuhu, gelak orang sendu kihkih. Haaa nak cakap camne eh ? Contohlah one day balik rumah, tengok gelap katup je. Tetiba switch on and ada orang nyanyikan lagu jiwang sambil petik gitar kat aku. Ewwww ! Gelinyaaaaa. Hahahahaha. Eh tapi kalau part nak bagi orang surprise aku suka je. Hihi. Tapi aku harap sangat partner aku nanti jenis yang simple je. Jenis yang terus-terang. Maksud aku "Aku suka baju ni. Belikan weh. Alaaa hadiah untuk birthday aku" Haa kan senang heeee :D

Yang kedua bunga. Hmmm aku takde alergik dengan bunga, tapi aku tak suka. Kalau aku dapat yang jenis setangkai dua tangkai, okayy je kot ? Tapi kalau jenis yang berjambak jambak tuu, hmmm aku bagi orang lain lah cerita dia hahaha.

Ketiga, keluar makan ataupun makan malam berlilin ( candle light dinner ) Ingat sweet habis lah tu ? Elelelele cee kau makan berlilin dekat mamak, haaa cuba lah try sekali, confirm kau rasa makan berlilin kat hotel tu poyo hekhek. Eh tapi yang makan berlilin kat tepi pantai tuu, ohmyyy cantiknya sambil tengok sunset kihkih. Suka tengok je laaa, aku tak nak rasa benda tu pummm ?_?

Lepastuuu keluar shopping. Hukhuk takde kerajinan lah weh nak jenjalan ni. Kalau aku masuk satu kedai tuu, lepastu ada barang best, aku beli je kot. Malas nak buat survey bagaiiii. Lagi satu benda yang aku tak suka orang nak belanja. Even time aku keluar dengan mama aku pun, dia tanya nak beli pape tak, aku cakap je tak weh. Aku cuma cakap kalau nak beli alat tulis jee. Entahlah, tak pandai nak minta-minta ni. Ceeewaaaa cakap macam dah pegang duit sendiri je. Sorry adik baru 15 tahun hihihi tapi tu lah, at least aku bukan kaki pau :P

Last but not least, barang kemas. Yee aku tau barang kemas ni boleh dapat untung. Tapi dah tak suka nak buat acamne. Barang kemas yang mama aku beli kat aku time aku kecil dulu pun, aku suruh dia jual je hahahahahaha. Bengong punya anak. Kalau nak beli cincin pun, aku beli silver jee heee. Yang rantai leher, tangan and kaki nii aku pakai sekali je kot. Tu pun masa khatam Quran. Wehhh nak khatam Quran kottt, takkan nak derhaka cakap mama pulak! Pakai je laaaa nak oiiii hahahaha. Yelah, dah lah beli mahal lepastu nak kena jaga. Tak koserrr. Dah lah aku ni jenis careless. Duit pun letak bersepah, ni barang kemas yang tak selalu pakai tu ? Haaa memang kejap jelah kena rembat dek orang !

Apapun, untuk kawan kawan and family yang pernah buat surprise birthday untuk aku, aku hargai sangat-sangat. Alhamdulillah takde orang lupa :")) Yang aku maksudkan macam kasih-kekasih tuuu. Sekali sekala takpa lah kan hekhek. Okayy terima kasih sebab sudi baca walaupunn apa yang aku suka ke tak suka ke, takda kena mengena pun dengan life korang. HAHA, sape suruh baca ? :P Byeeee.

Monday, 22 April 2013

Pengalaman Yang Memalukan.

Assalamualaikum.

Dulu KSB mengaku ikut aku balik. Hmm aku pun cam "Eh bila pulak kau ikut aku nii ?!" Dia pun dengan slumbernya pergi jawab "Sayang mungkin tak perasan" Haaa memang ! Kalau perasan aku bantai dia dengan kayu hahahaha sesukaaa je nak ikut-ikut orang x.x Then hari nieee si Haikal pula cakap ceni "Wey rumah kau yang dekat-dekat dengan hutan tu kan ? Yang hujung sekali, yang besar sikit tuu" Hamboiii describe rumah aku macam rumah hantu jea. Memula aku camm malas nak jawab tapi member aku, si Sarah tu memandaiii je tolong jawabkan "Haaa betullah tu, nanti raya jemputlah datang rumah" Haikal pun buat thumbs up and kenyit sebelah mata. Elelele pikir cute lah tu HOHO. AKU NAK PINDAH RUMAHHH ! Ramai sangat stalker kat sini T_T

Okay aku nak cerita sikit pengalaman yang memalukan untuk aku. Ekeke. Takpe kita berhibur je malam ni walaupun cerita aku mungkin kedengaran hambar. Yayaya. Satu malam tuu entah mood mana entah datang kat aku, aku nak menggatal pulak hantar msg kat KSB cakap aku rindu kat dia huwahuwaa. Masa tu ada 2 sen je weh hahahaha so aku dengan confidentnya type lah "Aku rindu kau" Sent. Tak sampai seminit dia balas. YEEE WEHH ! Dia REPLYYY! Y_Y Macam mana boleh sampai lak niiii ?! Dia minta aku call dia. Kahkahh sampai sudah lah tak call. Aku cecepat call kawan aku, si Bella jangan past kat sesapa number phone aku. Huhuuu kantoiii bebuta centu je.

Lepastu hari ni juga ada benda memalukan jadi. Hmm aku and kengkawan aku memang orang paling lambatlah keluar dari sekolah tu, sebab kitaorang malas nak bersesak-sesak waktu balik. Masa nak turun tangga tuuu, aku turun dulu. Entah cemana kawan aku terrrpijak kain akuu, aku terus tertonggeng wehhh kat lantaii. Haduuuhh sakittt ! Boleh pulak dorang gelak-gelak kann. Sepuk kang.

Masa aku Form 2 pun aku pernah jatuh tangga jugak. Cuma kali ni berbeza sikit, sebab ramaiiii gilaaaa orang time balik tu ! Haa time tu aku turun dulu, sambil tu borak dengan cikgu kat belakang kahkahkah. Entah cemana entah boleh tersilap langkah pulaaak apa lagii berdebuk ah macam guni beras jatuh ke lantai kahkah. Time tu aku dah kat tangga Tingkat 1, haaa ce bayang jemmm weh sampai tangga Tingkat 2. Acane aku tau ? Haa sebab aku dengar bebudak kat atas dah tanya "Weeehh ! Asal tuu ?!!" Sebok jea :P

Okay ada satu tragedi ni. Yang lagi sakai hahaha. Masa tu dah hari terakhir sekolah, bebudak laki macam bongok kau tahuuu. Nak lari-lari pulak. Kalau tak langgar orang takpeee, ni langgar ! Yang jadi mangsanya akuuu jugak. And aku pulak nak elak sampai ke tepi sangat anddd yaaa tong sampah kat situ berguling-guling jatuh. Mamat dua ekor tu bukan nak tolong aku, dia siap cakap ceni lagii "Selamat Bercutiii ! Byebyee" Hmmm dah last sekolah kan, kalau aku biar kangg masuk sekolah balik dah jadi apa pula sampah tu semua. So berbaktilah sikit untuk hari terakhir sekolah ni. Aku tunduk and kutip satu-satu. Bila dah settle semua, aku pun bangun. HUWAAAA ! Rupanya, depan aku ada crush-crush sekaliannn hahahahahaha. Bapak malu siottt. Ada dua orang, MSD dengan KSB. Aku doa sangat dorang tak nampak weh. Okay legaaaa, dorang dah jalannn.

Aku pun nak turunlah, tetibaaa MSD dengan KSB boleh naik balik ! Weh korang kenapa naik balik ?! mana aku nak sorok muka niiii ?! KSB siap tanyaa "Sakit eh ?" Hohoho terima kasih atas keprihatinan anda **Tutup muka**

Haaaa yang ni palingggg memalukan ! Masa tuu kitaorang tengah rehat kat pondok. Tetiba pulak crush kawan aku, Ad lalu kat pondok tu. That time kawan aku tengah pum pang pum pang cerita pasal surat cinta yang dia tulis untuk si Ad ni. Aku pun sengaja lah nak kenakan dia hahahaha. Aku rampas surat tuu and pergi kat Ad. tapi kawan akuu ni pergi kejarrr aku. Aku kelam-kabut ah nak lari sampai terpaksa lari jenis reverse tu ha kekeke. Dan disebabkan jenis larian yang merbahaya tuu, of course la aku tak nampak kat belakang kan.

Rupanya aku dah lari sampai ke tepi hmmm bupppp ! Jatuhhhh pokok-pokok kat situ. Hoho pokok tu tinggi gila weeehh, tinggi sampai tingkat 2 ! Kau bayanggg pokok sebesar-besar alam tu aku jatuhkannn. Dah lah masa tuu aunty cleaner kat sekolah kitaorang, garang nak mampos ! Sampai kena gelar Big Mama hahahaha. Aku dah kecut nak mati dahhh. Yelahhh dengan pasu pecah, lepastu baju, kain and tudung aku habis dah penuh dengan tanah. Tanah basah pulak tu !! Grrrrr. Nasib baiklah dekat dengan surau. Aku terus lari masuk surau hmmm. Orang yang lepak kat dalam surau masa tu semua usha aku semacam. Dorang tanya kenapa, aku buat bodoh je. Malas nak layan. Kawan aku tuu bukan nak tolong, dia boleh gelak kat luar sampai terduduk-duduk ! Eiiii sumpah gerammmm. Tapi bila ingat balik hahahahahaha miss that moment doee ! Serious semua sengal-sengal je :P

Well banyak lagi pengalaman yang memalukan heee. Macam tuang kelas semata-mata nak dating bawah pokok, rupanya cikgu yang tengah ajar kelas aku time tu lama gilaaaa dok usha dari atas kahkahkahh bongoknyaaa lahaiii ! Pastu ce bayang kau tengah cat walk habisss ni, sekali bedebukkk ! Jatuhh bebetul depan crush kau and crush kau HAMPIR-HAMPIR nak jatuh atas kau. Perrrhh drama koreaaa sangat ni muahahaha. Okaylahh aku buat entry ni bukan nak buka aib kat dada ke apa, tapi sapa tau pengalaman yang memalukan ni jugak yang akan buat aku tersenyum dan rindu zaman kanak-kanak ni hakhak :P

For those yang kongsi cerita memalukan, sila-sila :))) Best jugak en baca benda-benda ceni hehehehe. Okaybye all, Assalamualaikum.

Saturday, 20 April 2013

TERIMA KASIH MRTHEALLSHARED.

Assalamualaikum. Sebelum ni aku pernah share pasal MR Bie. And today taraaa turn MRTHEALLSHARED pulak ! Untuk yang kuat layan Youtube macam aku, mestiii kenal dorang kannn. Dorang banyak menghasilkan video yang paparkan kisah-kisah Islamik. Cara penyampaian tuu boleh dipuji sebab dorang tak lahh terlalu nerd and cakap nak terjerit-jerit. Hahahaha no no yaaa. Dorang cool gila wehhh :) Okay now aku nak share antara video dorang yang aku suka.

1. Perigi cari timba. Ayayaii comelnya menari HAHAHA. Boleh usha apa UAI cakap, haaa klik kat sini.

2. Kasanova Islamik. Umakyaiii tengok tajuk punn dah best. Tapi tak payah kot nak tarik-tarik daun kat pokok tu. Macam tak eloklah untuk aku. Apapun keseluruhannya besttt. Tapi masa memula tuu terkejut aku doee hahahaha yelaa tetiba keluar lagu Stacy, dah lah volume aku kuat gila. Cair tahi telinga :P

3. Nak dedah aurat di Facebook ? Silakan :) Yaaa wahai kaum Hawa yang suka bebeno tayang muka cute kat media sosial tuu, silalah tengok video ini yee. Sebarang hati yang tergores terhiris dan tergilis adalah tanggungjawab masing-masing. Tengok jelahh, tak boringggg sebab dorang buat video merata-rata. Haaa segar je biji mata korang nanti muahaha.

4. Nasyid vs K-Pop. Ibarat hujan emas kat negeri orang, hujan batu kat negeri sendiri, lagi baik dekat negeri sendiri. Macam tu jugalah dari segi pemilihan drama ke filem ke lagu keee, support lah artis kita. Lagi satuuu, daripada korang dok pulun lagu entah apa-apa maknanya tuu, baiklah layan lagu-lagu nasyid ni haaa. Lagi banyak makna yang bermanfaat. Team nasyid kat negara kita not bad what ? Macam Devotees, Raihan, Hijjaz, Dehearty dan banyak lagi ! Mawi pun. Eh ? Hahaha. Just pasang je Youtube and dengar. Kannnn :)))

5. Tips Nak Tackle Awek Sampai Jatuh. Video yang berdurasi 3:08 saat ni mampu membuat ramai lelaki menutup muka akibat menahan malu yang teramatttt hahahahahaha. WEHHH MINTAK NOMBOR ? TAK CUKUP GENTLE LAH BROO. buuu :P Oh ya updated ! Baru-baru ni aku ada post cara tackle yang annoying, boleh baca dekat sini ya. Satu je aku nak cakap, lelaki yang betul-betul ikhlas akan mendekati family kita terlebih dahulu. Tapii yelah kan, semua orang ada cara masing-masing. Hmmm nak cakap banyak pun tak boleh. Aku ni kan budak bawah umur, baruuuu je 15 tahun HAHA jadi macam tak berapa nak sesuaiii cakap benda-benda ceni. Haaa yelahyelah. Eh tapiii ni MRTHEALLSHARED pun cakap benda yang sama okayy ! Dorang pun kaum Adam jugaaaaa, so kalau dorang fikir cara yang lebih matang, kenapa anda tidak ? K bai :P

6. Hot Scandal. Panas ! Pe diaaa ? MRTHEALLSHARED buat video gosip dan terlarang ? Ahaksss cari jawapannya dengan tengok la sendiri lalalala. To be honest, ni video palingggg aku suka. Terima kasih MTAS :")) Oh ya ada satu video ni lebih kurang topik yang sama. Nak tengok ? Boleh boleh, tengok kat sini eh.

Amacammm ? Best kannn ? Kalau korang pun dah tangkap cintan sama MTAS jomm kita ramai-ramai subscribe channel MTAS yang iniii. Bagi yang nak dapatkan perkembangan terpantasss dari MTAS jom like fanpage dorang dekat sini. Kalau tak silap aku, dorang ada belog juga kot ? Rajin-rajinlah like ye. Ada 2 3 orang ahli MRTHEALLSHARED dah jadi kawan fesbuk aku, yuhuuu jangan jeles :P Hahahahaha terima kasih approve saya. Antara ramai-ramai ni sape paling aku minat ? Eh semua bestt lah, no buyers okayy XD Okaylah buat pe lagi kat sini, pergilah layan video MRTHEALLSHARED :D