Monday, 24 October 2016

Alahaiiii Terharu Kita Dengan Awaa awaa Semua ^_^

Assalamualaikum. kalau hari ni tak post pape kat belog ni means dah sebulan dia bersawang. Hahaha. Sebab busy dengan belog yang aku create untuk si dia. Dulu memanglah tak de update pape, kononnnn single balik hahahaha tahh lah =,= sebab kejap dia datangg, pastu dia pergi, so aku assume dia datang sebagai kawan jelahh, not more than that ! So yeahh, status aku ? Tetap single haha :")

Sebelum ni aku selalu fikir budak kelas aku was sooo boring! Nak pergi sekolah pun macam takde attraction pape, cam huuuh =,= tetiap harilah nak ponteng! But insyaAllah hari niy aku akan buang semua perasaan negatif tu! Berdoalah kat Allah supaya dijauhkan dari sifat hasad dan dengki sebab tu tuuu yang jin syaitan iblis tu haa, memang suka kita bergaduh with each other, plus semua orang dah besar kot, so semua pun patut fikir banyak benda lagi selain dari nak gaduh and nak jealous dengan orang !

Hari Ahad tu, lepas solat Maghrib berjemaah mama story ade pakcik sorangg ni kacau kakak aku. Rupanyaaaaa, pakcik tua miang keladi tuuu orang yang sama kacau aku sebelum ni! Lu pahal bro ? Hak alah. Besoknya aku cite dengan jiran aku supaya hati-hati bila lalu depan rumah pakcik tu! Lepastu jiran aku tu pergi bukak cite lak yang tahun lepas kott, time memalam dia dengar orang lari kat belakang rumah dia pastu cakap "Ampun pak, ampunnn" Rupanya, jiran aku tu wehh =,= dia mat pit duhhh, merompak bagai huahuaaa rumah dia depan aku jee ! Astaghfirullahh, patutlah banyak naww yang kacau aku bila hari Jumaat. Konon nak tengok mesin basuh lah, tong gas lah, hantar barang lah, haisssh! Asal lah aku baru taw ni =,= patut pun tahun lepas banyak kali polis datang round kat sini, I thought what laaah hmmm :(

Lepastu Pika yang bijak lagi sana ni pergi sambung pulak pasal kes dekat rumah dia yang kat Taman Sentosa tu. Satu mamat India ni kena kejar and kena tetak dekat depan rumah diaaaa, mayat dia orang jumpa terbongkang kat dalam longkang ! Erhhh, lepastu kes orang Cina pegi gantung diri. Kakak dia plak masa lalu kat depan rumah orang tu siap tanya "Orang ni mati pukul berapa?" Hahahahaa tak kelakar weeehh! Malam tu dia dengar ade orang putar benda bulat yang dekat iron tuu and macam2 lagi, aku taknak ingat =_="

Lepastu aku cite plak yang kes ade mamat bangla tunjuk "anu" dia kat aku masa hari Jumaat nak g sekolah dulu! Grrrrrr. Pika advice bawak perfume then sembur kat mata dia huahuahuaaa. Lepastu bebudak laki kelas aku pun masuk kelas, dorang baru lunch and solat Zuhur. Masa tu tengah prep, cikgu lak takde. Pastu dorang doranggg ni pergi bagitauu plak dekat mamat-mamat tu semua hahahahaaha. Crush aku wehhhhhhhh sooooo concernnn hahahahahaha :"D

Crush aku : Lain kali pape cakap dekat saya, saya boleh tolong awak.
Pika : Bawaklah perfume weh, pastu sembur je kat mata dia, time dia tengah sakit nak buta tu, kau cabut hahahaha.
Crush aku : Perfume ? Kau gila ke hape ? Kalau perfume lagilah buat dia wangi, silap-silap dia terkam terus. Haaa. Ni, nak pergi sekolah takyah pakai perfume, takyah wangi-wangi.
Aku : *Dalam hati --- Ni dia cakap aku wangi ke ape? Hahahahahahaha kkk"
Pika : Eii kalau aku lahhh memang aku dah sepak-sepak telur dia, bagi dia mandul terus, gatal sangat !
Yum, Mirul, Paiz : Eleh kau cakap kat sini macam jantan, nanti bila depan dia, kau jadik perempuan jugak.
Pika : Hahahahahahaha T_T
Crush aku : Pika, kau tengok-tengokkan dia, tengokkan kawasan rumah dia sekali.
Pika : Okey okey, kalau aku tak busy ah tapi hahahaha.
Aku : Eh takyah lah hahaha aduh >_<
Crush aku : Harapan semoga dirimu dilindungi sinar rahmat bahagiaa *Tetiba dia pegi nyanyi lagi pasti sempurna ni hahahhahaha sumpah malu gila ! >_<

Pastu nak balik tuu, dia dah tunggu kat motor dengan kengkawan dia, lelaju aku lintas jalan, bapak malu! Terus hilang rasa takut kat pakcik tu hahahah bongok doh aku =,=" Ehhh korang jangan pk bebukan lak, kiteorang just kawan je, dia pun suka perempuan lain :)

Okey besok exam and hari ni aku tak study pape lagi, ya Allahhhh ! Esok MPM pergi buat exam, haiiishh! Dia random je nak bagi aku kertas Pengajiam Am ke BM ke takpun Eko. Pastu aku taktau nak baca apa sekarang, so lantak ah hahaha. Ni bila aku cite pasal crush semua ni jangan lak korang ingat aku dah lupakan MR IM aku, dia masih ade kat sini nii *tunjuk kat hati* dalam doa aku lepas solat pun, masih ade lagi nama dia :) Tak pernah lupa, cuma ... belajar untuk terima semua takdir ni :) Okeylah nak kol 9.20, nak solat isyak ni, dah lambat sangat dahh, babaii Assalamualaikum :)

5/11/16 ade jamuan dengan classmate tahun lepas, rasanya tak pergi kot sebab errr taknak lah jumpa orang-orang "tu" Kbye.

Wednesday, 29 May 2013

Fokus Untuk PMR.

Assalamualaikum. Hollaaaa readersss. Koranggg sorry lah sebab banyak gila post yang aku typo sebelum ni bahahahaha. Sebenarnya boleh je nak edit, tapi esok sekolah lah. Jadual tak kemas lagi, baju pun tak iron. Esok, insyaAllah dapat kertas exam hari tuuu. Dupdap je jantung aku ni T_T Tiap hari mama pesan buat contoh soalan tahun-tahun yang lepas. Sehari tu 5 jam aku study, errrr tapi kalau waktu cuti jelah. Kalau time sekolah, dua tiga jam je buka buku muehehe. Aku tau PMR lamaaaa lagi. Hari ni baru 29 Mei, PMR pulak 2 Okt kahkah lama lah sangat hmmmm. tapi ada faedah ke nak buang masa ? tak dok kan, so belajar jelah hmm.





InsyaAllah.



So hari ni aku nak story pasal cita-cita aku. Huhu so boring kan topik ? Ouh okay pergi bw kat belog lain. Mula-mula aku nak jadi Doktor. Hahahahaha clicheee tapiiiii aku nak jadi Doktor plastik surgery. Aku pun taktau kenapa aku nak jadi macam tu o.o Tapi sekarang aku nak jadi peguam syariah. wihuuu. Actually aku ada sebab nak jadi peguam ! Tapi biarlah jadi rahsia antara aku dengan Allah SWT.

Kalau tak dapat jadi peguam, aku ada stand by cita-cita lain ihikss. Aku nak jadi kaunselor. Yee. Sebab aku suka dengar masalah orang hm. So that bila aku berdepan dengan ujian Allah, aku boleh nasihatkan diri aku supaya jadi manusia yang bersyukur dan redhooo. Sebenarnya ramai lagi orang yang diuji dengan ujian yang lebih berat dari kita. Yang membezakan kita, cara kita handle emosi kita dan masalah tu :) Tu baru sebab pertama kenapa aku nak jadi kaunselor. Berderetttt lagi. Tapi aku malas nak heboh. Buttt aku nak jadi kaunselor ni pun berkait sangattt rapat dengan kenapa aku nak jadi peguam.

Bila dah pasang cita-cita yang tinggi tu, kita kenalah usaha kan ? Kejayaan tu tak akan datang bergolek :) Kalau dah usaha tapi kejayaan kita tu tak setimpal dengan komitmen yang kita dah bagi, kita nilai pula dari sudut hubungan kita dengan Allah, dengan mak ayah, dengan kawan-kawan. Ada tak kita mintak tolong dengan Allah supaya dipermudahkan semuanya ? Ada tak bila mak ayah minta tolong sesuatu kita tangguh-tangguhkan ? Lepastu bila dah berjaya, ada tak timbul perasaan riak dan sombong bila kengkawan tak dapat kejayaan macam yang kita dapat ? Haaa benda-benda ceni, ramai yang terlepas pandang. Ada juga tau orang yang berjaya sebab doa mak ayah :") Jadi tak guna lah derrr nak menyombong dengan yang kat Atas and orang keliling kita. Kadang-kadang bila kita terlalu taksub mengejar sesuatu, tanpa kita sedar ada sesuatu yang lebih penting untuk kita bagi perhatian. 

Tuesday, 28 May 2013

Antara Bentuk Pertemuan.

Assalamualaikum. Ada 2 benda yang aku buat frust sekarang ni. First, aku hampir-hampir terminum air yang ada bapak banyak semut wehhh ! Hahaha nasib baik baca Bismillah, ada lah juga terminum seteguk dua :P Lepastu tadi aku jenjalan kat belog orang. Lepastu dia cerita ada sorang laki niii dia boleh pecahkan mangga pintu dengan tangan jee. Takpayah pakai apa-apa peralatan. Dannn kenapa aku frust ? HAHA sebab laki tu hanyalah watak kartun, frustttnyaaa tertipu hahahahaha. Aku baca tak kelip mata kottt, okay tu tipu :P

Okay jom kembali pada topik asal. Tadi aku ada baca belog sorang model ni. Dia cerita pasal pertemuan dia dengan someone ni :) Jadi dekat situ aku terdetik nak buat post ni. Tu lah untungnya kalau rajin blogwalking tau tak. Okay. Sebelum kita bertemu dengan seseorang, mesti akan bermula dengan satu pertemuan yang mana dipanggil sebagai titik awal perkenalan. Eh, faham tak ? Aku rasa cam berbelit je ayat tu, buat-buat faham jelah haha :P

Pertama sekali dekat Fesbuk ! :D

Wah ni ada baik, ada buruk dia. Sebab orang sekarang ramai yang penipu en. Sebab jarang kot nisbah orang yang kenal dekat fesbuk, bercinta bagai nak rak, update status setiap masa, akhir atas jinjang pelamin. Jarang okay, jarang. Bukan takda langsung. Yess, bermula dengan satu "Hi" je boleh merubah segalanya. Ececece hahahaha. Dekat fesbuk ni jugak, kita boleh jumpa dengan kawan-kawan lama yang terpisah tau tak. Manaaaaa lah tauuu orang yang kau selalu gaduh dulu, tetiba terkawan pula dekat fesbuk, and korang tegur each other without sedar sape korang yang dulu :P Waduhh, sweetnya :") Apapun, hati-hati ye semua. Fesbuk boleh melalaikan haha :P

Kedua dengan pelanggaran.

Hmm macam drama Melayu sangat. Okay ni aku sendiri pernah alami *tutup muka* Masa tu baru Form 1 muahaha. Kiteorang sama kelas, tapi dia budak baru pindahlah. And tak pernah pun bertegur. One day, aku masuk awal dalam kelas and lepak dekat tepi whiteboard. Aku belakangkan pintu kelas time tu. Sekaliii dia masuk and pappp ! Terlanggar tanggan aku dengan raket badminton dia. Dia terus cakap "Sorry sorry" Aku tak senyum, aku jeling! Bahah, gila kerek siaa aku ni. Start hari tu, everyday weyyy macam-macam cara dia buat nak kawan dengan aku. Mangsanya orang yang duduk dekat belakang dia, jadi pos man hahahaha. Ada sekali tu dia cakap dia stalk Fesbuk aku, dia tengok gambar aku masa sekolah rendah, dia cakap aku comel ! HAHA. Niiii lah padah ada Fesbuk ni hmmm :P

Eh terpanjang pula cite pasal diri sendiri :P Tak, aku nak tunjuk yang pertemuan dengan pelanggaran ni boleh jadi dua. Pertama sekali, dengan cara baik. Salah sorang akan minta maaf. Yang keduaaa, yang selalu jadi dalam tv tu haaa. Poyooo je nak tengking-tengking, nak cakap orang buta, jalan tak tengok depan. Piiiraaaahh :P Tapi biasa kalau gaduh-gaduh ni ada jodoh, ye dak ?

Yang ketiga, tersalah nombor.

Paling tak boleh blah, bila dia bagi alasan "Main tekan-tekan jewww" x.x Yang ni pun aku pernah kena wehhh. Tapi mamat tu psiko, setiap kali dia call, dia akan guna nombor yang berlainan. Dekat 5 6 kali juga kot dia tukar no. Tapi ayat dia yang first mesti dia akan cakap "Fendi ada ?" Lepastu aku macam rimas ah, asal tiap kali call nak tanya pasal Fendi ? Padahal aku dah cakap banyak kali yang dia tu salah no. But, dia taknak dengar. So aku terus cakap "Maaf. Fendi takda. Bendi ada. Nak kena sumbat dalam mulut ke ? Tak faham bahasa ?!" Sebab aku dah lost control, asyik call siang malam hmmm. Lepastu mulalah nak menyakai dok tanya benda lain. Stay mana ? Ada pakwe tak ? Belajar ke dah kerja ? Boleh minta gambar tak ? Nampak kannn permainan dia o.o

Yang keempat. melalui kawan-kawan.

Cliche juga ni. Nak pula kalau yang A and B couple. Time pergi dating, kawan pada A, si C dan kawan pada B, si D terpaksa teman sekali. Dah dating tu sampai lupa member kat belakang T_T Terpaksalah C dan D jalan berdua. Haaaa lepastu kenal-kenal lah en. Bila dah balik, C tanya dekat A nombor si D. Lepastu onthephone, lepastu dah takda dah teman si A dengan B ni dating, keluar asing-asing je haha. Sorry korang, contoh aku macam berbelit. Tapi baca 2 kali, mesti korang faham :P

Dan yang terakhir sekali, mak ayah kenalkan.

Wahh ! Ni dah dalam zon bahaya. Cepat-cepatlah minta penjelasan dari mak ayah korang kalau dah kenalkan dengan anak-anak kawan mak ayah korang. Hahahaha mesti ada sesuatu ;)) Tapi kalau korang sendiri pun dah lanjut usia and tak berpunya, terima jelah weh pilihan orang tua. Wah, cakap macam senang je. Tapi aku pun terfikir juga, kalau aku dah 30+ still tak kawin, aku kawin je dengan pilihan mak aku. DENGAN SYARAT, laki tu sihat dan tak berpenyakit, kang menyusahkan aku je nak jaga dia. Yelah, masa tu pun aku dah tua kan T_T Laki tu juga kena ada gaji besarrr dari aku and of course kena ada aset macam rumah dan kereta. Haha dah tua dah kan, rupa paras tu belakang cerita kot bahah.

Okay tu je yang aku boleh terfikir buat masa ni. Hmmm korang yang mana satu ? kalau takda satu pun yang kena, komen jelah kat bawah. Cerita lah panjang mana punnn, aku sudi membacanya hahaha. Aku memang suka benda-benda ceni. Eh ? Okaylah byeee. 

Tuesday, 21 May 2013

Lagu Khas Untuk Wanita

Assalamualaikum. Masa aku study kan, aku tak suka dengar lagu yang haru-biru. Maksudnya music dia main sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Bingittt. Nanti hati aku tak tenang. Dan lagi satu, aku prefer lagu melayu. Kalau lagu omputih ni kirim salah jelah :P Bukan nak cakap kualiti ke tak, tapi aku punya bahasa inggeris pun fail, bukan aku paham pun dorang cakap apa haha. Okay lagu-lagu yang aku nak share ni selalu buat aku berazam nak jadi perempuan yang lebih baik. Maklumlah, perhiasan paling indah dekat dunia ni adalah wanita solehah. Perempuan ni kalau nak masuk syurga, senang je tau. Ni nak membebel kejap sebelum dengar lagu okay haha.

Pertama sekali, mestilah kena jaga aurat dan maruah kita. Ingat yee, maruah tu mahal bukannya murah. Tutup aurat tu wajib sayang. Tapi kalau dah tutup aurat, tapi still ikat rambut dengan bonggol tinggi macam belakang unta, hmm ada juga yang pakai tudung tapi lilit punya lilit, ehhh nampak pulak dada. Hmmm jadi aurat mana yang nak tutup sebenarnya ni ? Ingattt, tutup aurat dan bukannya balut aurat ye.

Kedua hm hormat mak ayah dan suami. Dalam Islam, sebelum perempuan tu kahwin, syurga dia bawah telapak kaki ibu dia. Pernah dengar tak ayat ni "Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa" Lepas je perempuan tu berkahwin, syurga dia bawah tapak kaki suami dia pulak. That's why bagi yang belum berkahwin tu, kita cubalah sehabis baik untuk bahagiakan mak ayah kita, sebab kehidupan bujang and selepas berkahwin mungkin akan berubah. Komitmen kau sebagai anak perempuan akan jadi nombor dua, sebab yang utama sekali kau kena pentingkan suami kau. Senang cerita, hormat mak ayah kau. Hormat suami kau. InsyaAllah syurga untuk kau :")

Ketiga, dengarlah perintah Allah. Maaf ye, sepatutnya ni yang pertama huhu. Allah suruh solat, solatlah. Allah suruh puasa, puasalah. Allah suruh hormat mak ayah, hormatlah. Apa je yang Allah suruh, buatlah.

Okay habis dah haha. Aku ni suka dengar lagu-lagu yang mengangkat martabat wanita. Wahhh poyo gilaa hahahaha. Bukan apa, bila dengar lagu-lagu macam tu kan aku rasa wanita ni special sangat hmm. Tapi aku tak cakap laki ni takde function eh. Mesti ada. Contohnya hmmm di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya. Kalau nak tau lebih, rajin-rajinlah baca Quran atau search dekat Google. Mesti ada jawapan :)

Lagu pertama yang menambat hati aku. Cehhh menambat hahahaha. Dari Deheraty bertajuk Wanita. Aku tau lagu ni masa jenjalan dekat blogger yang gelarkan diri dia Acik tapiiii serious aku lupa nama belog tu T_T MasyaAllah koranggg, tak terasa nak menangis ke dengar lagu ni ? Terharu gila kot huhu. Nak pula masa yang ni "Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung" Waktu pertama kali dengar, menitik jugalah air mata ni. Terharu punya pasal haha. Wahai Adam, perempuan ni insan yang lemah. Jangan kau rosakkan imannya. Jangan kau rosakkan mujahadahnya. Jangan kau kotori kasih dan cintanya untuk Illahi. Tahulah kau wahai Adam, perempuan itu tengah berusaha gigih untuk melawan nafsunya :")

Lagu kedua Puteriku Sayang by Mestica feat Munif Hijjaz. Kalau aku ada anak perempuan, aku nak nyanyi lagu ni masa nak tidurkan dia hahahaha. Jangan main-main tau, lembut seorang wanita tak bererti dia mudah dijual beli :) Jangan ingat orang boleh buat sesuka hati dekat perempuan yang lemah lembut ni. Nampak je macam dia lemah, tapi dalam hati kental tau. Haaa penuh dengan sifat kasih sayang. Sebab dalam perut dia ada rahim. Bismillahirrohmanirrohim. Nampak ? Bismillah pun ada perkataan tu, rahim yang bermakna penyayang :)

Lagu ketiga dari Dehearty berjudul Pemata yang Dicari. Yang aku letak ni versi Syurga Cinta. Pernah tengok tak cerita tu ? Lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. MasyaAllah bila dengar lagu ni aku macam tergamam sangat-sangat! Lirik dia tu hmmm mendalam gila. Sebab ada bait-bait lirik yang kita selalu sebut dalam doa kita. Perasan tak ? Haaa part yang ni. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu. Dialah permata yang dicari, selama ini baru ku temui, tapi ku tak pasti rencana Illah, apakah dia kan ku miliki.

Lagu keempat, Feelhoney yang bawa lagu Wanita Istimewa. Kalau ada lelaki yang selalu buat kau menangisss, sila bagi lagu ni dekat lelaki tu sebagai peringatan. Haha. Dalam diri wanita penuh dengar air mata, jagalah ia dengan sepenuh jiwa. Wanita berhak untuk bahagia, bukan dicipta untuk selalu derita, sayangi dia, cintai dia kerana dia wanita istimewa. Haa tak terkedu laki tu kalau kau bagi lagu ni dekat dia ? Hahaha.

Terakhir sekali lagu Jesnita dari Exists hahahahaha. Takdelah lagu ni hiburan semata-mata. Aku suka music dia haha. Jesnita mana tah aku pun taktau, bubuhlah nama Cik Fiey keee kan sedap sikit haha gurau je.

Okay untuk wanita-wanita dekat luar sana, jom berubah :")) Wah, macam ajak pergi makan je gaya aku ni haha. Takpe, benda boleh buat slow-slow. Yang penting, istiqamah. Okay tu saja untuk hari ni. Maaf kalau ada terkasar bahasa.

Monday, 20 May 2013

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Assalamualaikum.

Ingatkan nak update esok tapi takpelah sementara tengah rajin ni kan haha. Korang suka tak chat dengan someone yang tau balas "Oh" "Okay" "So ?" "Asal ?" "Yeke ?" Yesss tu je ayat yang dia cakap ! Perrrhh sumpah annoying gila. Baik takpayah chat kalau macam tu kan. Aku pun cakap lah "Hmmm reply elok-elok tak boleh ? Memang hidup kau membosankan ke cemana ?" Terus nak sentaaaaapp ! "Okay bye" Haiih. Lepastu buat off chat dekat kita. Eiii pisau mana, pisau ? Geram gila kot huhu. Aku pun kadang-kadang menyakai juga. Orang pumpang cita macam-macam, aku reply "Haha" je. Tapi kena ingat ! Kalau aku reply sepatah-patah tu MESTI ada sebab. Aku pun bukannya gila nak layan orang acuh tak acuh je. Aku tau erti berperikemanusiaan okay haha. Nanti ada lah tu cakap batak orang nak sangat tegur kau weeiii. Hm Fesbuk digunakan untuk chatting dengan kawan-kawan gais. Okay bye :P

Topik aku sekarang ni nak cakap tentang bersyukur ! Wuhuu. Tak syok pulak kalau takde contoh. So jom tengok dialog kat bawah.

Wani : Haniii !
Hanii : Apa dia kau ni ? Jerit-jerit pulak.
Wani : Sorry sorry ! Tengah excited dooo.
Hanii : Kenapa ?
Wani : Cuba tengok ni. Ehemmm !
Hanii : Apa ? Ehhh ada jerawat baru tumbuh !
Wani : Haniiii ! Bukanlahhh ! Bagi tangan ni karang baru tauu !
Hanii : Haa yela yela. Jam tangan baru kan ?
Wani : Yeszaaa. Amacam ? Cun tak ?
Hanii : Gila tak cun ?! Bukan jam ni tengah trend ke sekarang ? Mahal gila kan ?
Wani : Eh takdelah. Biasa-biasa je. Tak cecah ribu pun.
Hanii : Untung lah. Aku dari lepas SPM sampai umur 23, ni jelah jam aku ada.
Wani : Jam pasar malam en ? Yang RM 10 tu ?
Hanii : Waniiiii !
Wani : Hahaha gurau jelah.
Hanii : Malulah nak pakai jam ni. Kan best ada jam tangan cam Wani.

Weh, apa hina sangat ke jam tangan pasar malam ? Fungsi dia sama je kottt. Nak tengok masa. Tu pun kau tengok sekali imbas je. Oh dah pukul 12. Oh dah pukul 3. Haih. Apa salahnya kalau kita ni hidup secara besederhana je ? Ada masalah ke ? Kalau dapat yang mahal, Alhamdulillah tu rezeki kau. Tapi kalau benda murah pun, still kau ada juga benda tu kan. Senang cerita, ukur baju dekat badan sendiri lah. Nak hidup mewah tapi hutang keliling pinggang, hidup kau tak akan aman juga. At least mampu juga nak beli daripada mencuri ? Haa potong tangan tu nanti. Bila kita rasa serba kekurangan, cuba toleh yang kat belakang kita. Ramai lagi orang hidup susah dari kita. Nak makan sesuap nasi punnn kena selongkar tong sampah tau ! Takpun terpaksa kutip sisa-sisa makanan dekat kedai. Hmm.

Tahan nafsu. Kawal nafsu, bukan nafsu yang kawal kita. Alamatnya ? No 13 Jalan 23, ehhh melawak pulak hahahaha maaf :P Alamatnyaaa, nanti berlakulah boros. Kalau dah benda tu je yang kita mampu beli, so what ? Guna jelah apa yang ada. Yang penting, beli dengan duit yang halal. Murah ke mahal ke belakang cerita wokeyyy ! :) Lihatlah apa yang kita ada, baru kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita kufur.

Kan ke lagi sweet kalau situasi ni jadi macam ni ?

Hanii : Untung lah kan jadi kau, Wani ? Boleh beli macam-macam.
Wani : Kau nak juga ? Ambil barang lama aku lah, nak ?
Hanii : Err. Takpelah. Mak aku tak kasi ambil barang orang.
Wani : Tapi jam kau ni dah lusuh sangat. Tengok ni haaa, dah cabut-cabut dah.
Hanii : Hahaha it's okay ! Bateri dia still strong.
Wani : Orang nak bagi, tak mauuu.
Hanii : Takpe. Biar aku usahakan sendiri apa aku nak. Aku syukur apa aku ada.

Tapiiii ada satu situasi ni, kau jangan nak memandai-mandai guna alasan bersyukur eh ? Berbatas-batas sikit ni.

Wani : Hani, aku dah sampai. Keluarlah cepat. Panas ni.
Hanii : Okay. Nak turun dah.
Wani : Haniiii !
Hanii : Apa benda ?! Asal menjerit tetiba ? Terkejut aku tau !
Wani : Ya Allah ! Asal pakai macam ni ? Sexy sangat lah hmmm.
Hanii : Alaaa baju macam ni je aku mampu beli. Jubah mahal sangat.
Wani : Haaa ?!
Hanii : Syukur jelah. Jom gerak.
Wani : Hani, kau faham ke makna bersyukur dengan dosa dan pahala ?
Hanii : Shuhh. Kau lambat, aku gerak dulu. Bye.

Haaa tak mau okay. Benda wajib tetap wajib. Bukan soal mampu ke tak mampu. Kalau perlu jadikan kain tuala sebagai tudung, nak atau tak buat jelah. Asalkan tak dapat dosa hahaha. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ! Ingat, sentiasa bersyukur dengan rezeki kita. Okay last, sorry sebab bagi contoh dialog berderet. Kalau ada yang tak suka, boleh komen. Nanti kalau perlukan contoh yang berbentuk dialog, aku akan straight to the point, kalau ada yang tak suka. Okay bye :) 

Sunday, 19 May 2013

Killer Paper Dah Tamat

Assalamualaikum. Fuuuhhhh ! Tarik nafas kejap. Haha sorry berbau :P Tarik nafas SIKIT je sebab paper-paper yang susah dah habis. Tinggal Seni, Sivik, Pj dengan Kemahiran Hidup jee. Alhamdulillah paper math tadi boleh tahan lah. Paper 2 senang lah kot bahahaha cuma ada 2 soalan yang memang menyusahkan kepala otak aku. Ni contoh soalan dia yang buat aku pecah kepala.

Diberi k = km-8. Ungkapkan m dalam sebutan k.

Blerrrhhh aku benci gila soalan macam ni walaupun ramai yang cakap senang ! Tapi senang untuk kau hmm T_T Haa cano ? Sape boleh jawab ? Huhu. Untuk orang biasa-biasa macam aku ni, jawapannya hentam jelah labuuu. Aku nak cakap something. Masa yang diperuntukkan untuk paper 1 math ada 40 soalan, SEKEJAP GILA WEH ! Even kau sempat siapkan 40 soalan, tapiii untuk kau cek semula jawapan memang tak akan sempat !

Lainlah subjek sejarah. Fikir dia punya fakta then bulat. Ni math ! Kiraan dia bukan setakat tambah tolak jeee x.x Tolonglah fahammm, aku terpaksa hentam beberapa soalan tadi sebab masa yang tak mengizinkan. Cikgu cakap tinggal 10 minit, masa tuu aku tak siap 10 lagi soalan tau tak ! Takkan 1 soalan 1 minit. Ni math weyy hmmm. Lainlah kalau 10-10 soalan pun pasal round off je hahahaha tu tak sampai seminit boleh jawab. Kan ke bagus kalau satu hari tu memang untuk exam math je. At least tak rushing, ye dak ? Pagi tu pukul 8 sampai 9.55 buat math paper 2. Rehat dari 9.55 sampai 10.15. Untuk paper 1 pula, 10.30 sampai 12.30. Okey kan ? Hmmm.

Dah lah lepas math tadi, sejarah pula huhuhu. Dari pukul 11.55 sampai 1.05. Ada 60 soalan tau haha ! Yang ni pun tak cukup masa juga huhu. Okay maybe aku kot yang terhegeh-hegeh. Apapun Alhamdulillah dapat jawab juga, no pengsan-pengsan okay haha. Hari Khamis ni maybe aku tak pergi kot sambutan hari guru. Maybe kena balik Perak, we'll see. 

Saturday, 18 May 2013

Cara Menguji Lelaki **Hot Tips**

Assalamualaikum semua :) Hari ni aku bosan dekat rumah sebab adik aku keluar main bola. So aku takda kawan sembang, jadi biarlah aku sembang dengan belog comot aku ni haha. Waduhhh tajuk entry ituu, risiko yee. Mau kena bahan jap g ni kanggg. Peringatan ! Aku sendiri tak pernah cuba tips-tips ni, jadi aku taktahu dia berhasil ke tak. Apapun aku rasa takde salah punn nak uji dorang haha :P So terpulang pada anda anda dan anda semua, sama ada nak teruskan baca atau tidak okay :)

First sekali, masa nak belikan hadiah, beli yang murah-murah je. Kalau barang tu cantik dan berharga RM 2 pun takpe, rembatttt je. Eh lelaki pun ada jenis mata duitan tau. Jangan ingat perempuan je kaki kikis sokmo haha. Lepastu request nak makan dekat kedai-kedai tepi jalan. Kalau boleh, dekat tempat-tempat yang kotor lah :P Biar sakit perut sama-sama, oh so sweet hahahahaha gurau jelah. Kalau keluarrrr je perkataan yang merungut-rungut dari mulut dia, sila tinggalkan atau sound sikit perangai acah-acah bagus dia tu. Yelah kalau time poket kau kering, kau say hai dia say bye je tau tak ? No money no love T_T Gitu kekdahnya. Cuba bayang kalau dapat kahwin dengan lelaki ceni, tak pasal-pasal kau pulak yang kena sara hidup dia ? Eiii takmau takmauu. Sebab tu wujud perkataan "anak ikan" tau which is lelaki muda yang sanggup menyerahkan jiwa raga dan body dia dekat perempuan yang macam mak dia. Asalkan berwang, abang sayang T_T

Keduanya bawa si dia jumpa dengan anak buah kau ke, adik adik kau ke, takpun nak lagi advance pergi lawat rumah anak-anak yatim. Function ? Haaa time ni lah nak uji dia punya sifat "kebapaan" dia tu. Kalau agak-agak dia kekok tu, it's okay lah at least takde nak buat muka annoying ke apa. Tapi kalau kau tengok dia macam tepis-tepis budak tu pegang dia ke apa, beware lah ek. Ada 2 kemungkinan kalau kau kahwin dengan lelaki macam ni. Satu, of course dia taknak ada anak dengan kau ! Wehh perempuan mana yang kahwin taknak ada anak ? Haaa jawab jawab. Pastu yang kedua pulak, kalau kau dah beranak dia taknak main dengan anak korang. OMG, waktu sedap nak merasa, waktu nak menjaga abang takda masa. Errrr T_T

Cara ketiga, mestilah bawa jumpa mak ayah. Heee tapi dengan syarat ! Jangan bawak si dia jumpa dengan mak ayah kau, sebaliknya kau yang offer diri kau untuk jumpa dengan mak ayah dia. Sebabnya ? Kalau depan mak ayah kau, of course lah dia tunjuk perangai pijak semut tak mati dan menanam tebu di pinggir bibir. Eh ? Bila dah jumpa dengan mak ayah dia tu, AMBIL PELUANG tu untuk korek rahsia si dia dari mak ayah dia. Tapi kalau mak ayah dia jenis yang market anak, tak dapeklah den nak menolongnya :P

Seterusnya, sifat perempuan memang akan ada mood yang berubah-ubah. Yes, dalam masa satu hari tu, kau boleh tengok dia marah, lepastu menangis lepastu gelak lepastu tetiba diam ! Ah sudaaaahhh hahahaha. Jadi, untuk memiliki seorang lelaki yang penyabar itu adalah satu keperluan dan bukannya pilihan ye. Nak uji kesabaran dia bukannya susah, kau buat je perangai. Contohnya kau dah tahu every weekend memang dia busy buat aktiviti dengan kawan-kawan tapi kau sengaja cakap dia busy melayan perempuan lain. Kehkeh, padahal sebelum tu kau dah call kawan si dia tanya dia ada lepak sekali ke tak en ? Dan untuk tips kaum Adam yee, kalau seorang perempuan tu tanya macam ni "Awak pergi mana semalam ? Keluar dengan perempuan lain ehhh ?" Itu maknanya dia taktau pun kau buat apa. Tapiiii kalau dia tanya "Awak, awak buat apa semalammm ?" Haaa dengan lenggok-lenggok suara yang panjang semacam tu, sila berhati-hati dengan jawapan yang korang bagi sebab dia dah tau apa yang kau buat semalam ! T_T Kemungkinan besar dia bukan lagi awek kau, tapi si pontianak yang bila-bila masa boleh hisap darah kau haha :P

Cara kelima pula hmmm couple please letak syarat. Boleh call bila, boleh jumpa time bila, jangan biar dia cari kau sesuka hati. Dan bila dah tiba waktu jumpa tu, bawa dia pergi mana-mana ceramah agama yang dekat dengan rumah kau HAHAHA. Nampak macam psiko kan tips ni ? Tapi percayalah cakap aku, benda ni bukan je boleh jaga batas bercouple kau dengan dia, tapi boleh uji si dia sama ada dia jenis yang mementingkan duniawi atau pun akhirat. Ahahh, sesetengah lelaki couple sebab nak sedappp je babe, moh ler bawak-bawak insaf sikit. 

Itu jelah yang aku boleh bagi. Kalau korang ada nak share apa-apa idea, dipersilakan sangat-sangat. Aku mengalu-alukannya. Tapi dalam pada kau sibuk dok menguji si dia, kau kena ingat yang dalam dunia ni takde manusia yang sempurna. Kalau dia yang kau kenal dulu, perangai buruk tapi hari ke hari kau nampak perubahan dia ke arah kebaikan, sila bagi dia peluangg okay :") Kalau dia ada buat silap, jangan terus tinggalkan dia. Sebab kalau kau sibuk nak cari yang sempurna, kau tak akan stay dengan mana-mana relationship pun. Sama-sama saling menasihati. Tapi kalau kau memang dah tak boleh tahan, undur diri. Hmm yelah, sebelum terlambat kannn, kalau dah kahwin nanti tak boleh buat apa dah. 




Girls, kalau ada lelaki menangis untuk awak, percayalah yang
dia sangat menyayangi awak :")
Melting sangat tengok lelaki berbaju melayu. Bersongkok pula
tuuu huwaaa so handsome ! ;))