Saturday, 18 May 2013

Cara Menguji Lelaki **Hot Tips**

Assalamualaikum semua :) Hari ni aku bosan dekat rumah sebab adik aku keluar main bola. So aku takda kawan sembang, jadi biarlah aku sembang dengan belog comot aku ni haha. Waduhhh tajuk entry ituu, risiko yee. Mau kena bahan jap g ni kanggg. Peringatan ! Aku sendiri tak pernah cuba tips-tips ni, jadi aku taktahu dia berhasil ke tak. Apapun aku rasa takde salah punn nak uji dorang haha :P So terpulang pada anda anda dan anda semua, sama ada nak teruskan baca atau tidak okay :)

First sekali, masa nak belikan hadiah, beli yang murah-murah je. Kalau barang tu cantik dan berharga RM 2 pun takpe, rembatttt je. Eh lelaki pun ada jenis mata duitan tau. Jangan ingat perempuan je kaki kikis sokmo haha. Lepastu request nak makan dekat kedai-kedai tepi jalan. Kalau boleh, dekat tempat-tempat yang kotor lah :P Biar sakit perut sama-sama, oh so sweet hahahahaha gurau jelah. Kalau keluarrrr je perkataan yang merungut-rungut dari mulut dia, sila tinggalkan atau sound sikit perangai acah-acah bagus dia tu. Yelah kalau time poket kau kering, kau say hai dia say bye je tau tak ? No money no love T_T Gitu kekdahnya. Cuba bayang kalau dapat kahwin dengan lelaki ceni, tak pasal-pasal kau pulak yang kena sara hidup dia ? Eiii takmau takmauu. Sebab tu wujud perkataan "anak ikan" tau which is lelaki muda yang sanggup menyerahkan jiwa raga dan body dia dekat perempuan yang macam mak dia. Asalkan berwang, abang sayang T_T

Keduanya bawa si dia jumpa dengan anak buah kau ke, adik adik kau ke, takpun nak lagi advance pergi lawat rumah anak-anak yatim. Function ? Haaa time ni lah nak uji dia punya sifat "kebapaan" dia tu. Kalau agak-agak dia kekok tu, it's okay lah at least takde nak buat muka annoying ke apa. Tapi kalau kau tengok dia macam tepis-tepis budak tu pegang dia ke apa, beware lah ek. Ada 2 kemungkinan kalau kau kahwin dengan lelaki macam ni. Satu, of course dia taknak ada anak dengan kau ! Wehh perempuan mana yang kahwin taknak ada anak ? Haaa jawab jawab. Pastu yang kedua pulak, kalau kau dah beranak dia taknak main dengan anak korang. OMG, waktu sedap nak merasa, waktu nak menjaga abang takda masa. Errrr T_T

Cara ketiga, mestilah bawa jumpa mak ayah. Heee tapi dengan syarat ! Jangan bawak si dia jumpa dengan mak ayah kau, sebaliknya kau yang offer diri kau untuk jumpa dengan mak ayah dia. Sebabnya ? Kalau depan mak ayah kau, of course lah dia tunjuk perangai pijak semut tak mati dan menanam tebu di pinggir bibir. Eh ? Bila dah jumpa dengan mak ayah dia tu, AMBIL PELUANG tu untuk korek rahsia si dia dari mak ayah dia. Tapi kalau mak ayah dia jenis yang market anak, tak dapeklah den nak menolongnya :P

Seterusnya, sifat perempuan memang akan ada mood yang berubah-ubah. Yes, dalam masa satu hari tu, kau boleh tengok dia marah, lepastu menangis lepastu gelak lepastu tetiba diam ! Ah sudaaaahhh hahahaha. Jadi, untuk memiliki seorang lelaki yang penyabar itu adalah satu keperluan dan bukannya pilihan ye. Nak uji kesabaran dia bukannya susah, kau buat je perangai. Contohnya kau dah tahu every weekend memang dia busy buat aktiviti dengan kawan-kawan tapi kau sengaja cakap dia busy melayan perempuan lain. Kehkeh, padahal sebelum tu kau dah call kawan si dia tanya dia ada lepak sekali ke tak en ? Dan untuk tips kaum Adam yee, kalau seorang perempuan tu tanya macam ni "Awak pergi mana semalam ? Keluar dengan perempuan lain ehhh ?" Itu maknanya dia taktau pun kau buat apa. Tapiiii kalau dia tanya "Awak, awak buat apa semalammm ?" Haaa dengan lenggok-lenggok suara yang panjang semacam tu, sila berhati-hati dengan jawapan yang korang bagi sebab dia dah tau apa yang kau buat semalam ! T_T Kemungkinan besar dia bukan lagi awek kau, tapi si pontianak yang bila-bila masa boleh hisap darah kau haha :P

Cara kelima pula hmmm couple please letak syarat. Boleh call bila, boleh jumpa time bila, jangan biar dia cari kau sesuka hati. Dan bila dah tiba waktu jumpa tu, bawa dia pergi mana-mana ceramah agama yang dekat dengan rumah kau HAHAHA. Nampak macam psiko kan tips ni ? Tapi percayalah cakap aku, benda ni bukan je boleh jaga batas bercouple kau dengan dia, tapi boleh uji si dia sama ada dia jenis yang mementingkan duniawi atau pun akhirat. Ahahh, sesetengah lelaki couple sebab nak sedappp je babe, moh ler bawak-bawak insaf sikit. 

Itu jelah yang aku boleh bagi. Kalau korang ada nak share apa-apa idea, dipersilakan sangat-sangat. Aku mengalu-alukannya. Tapi dalam pada kau sibuk dok menguji si dia, kau kena ingat yang dalam dunia ni takde manusia yang sempurna. Kalau dia yang kau kenal dulu, perangai buruk tapi hari ke hari kau nampak perubahan dia ke arah kebaikan, sila bagi dia peluangg okay :") Kalau dia ada buat silap, jangan terus tinggalkan dia. Sebab kalau kau sibuk nak cari yang sempurna, kau tak akan stay dengan mana-mana relationship pun. Sama-sama saling menasihati. Tapi kalau kau memang dah tak boleh tahan, undur diri. Hmm yelah, sebelum terlambat kannn, kalau dah kahwin nanti tak boleh buat apa dah. 




Girls, kalau ada lelaki menangis untuk awak, percayalah yang
dia sangat menyayangi awak :")
Melting sangat tengok lelaki berbaju melayu. Bersongkok pula
tuuu huwaaa so handsome ! ;))

No comments:

Post a Comment