Tuesday, 21 May 2013

Lagu Khas Untuk Wanita

Assalamualaikum. Masa aku study kan, aku tak suka dengar lagu yang haru-biru. Maksudnya music dia main sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Bingittt. Nanti hati aku tak tenang. Dan lagi satu, aku prefer lagu melayu. Kalau lagu omputih ni kirim salah jelah :P Bukan nak cakap kualiti ke tak, tapi aku punya bahasa inggeris pun fail, bukan aku paham pun dorang cakap apa haha. Okay lagu-lagu yang aku nak share ni selalu buat aku berazam nak jadi perempuan yang lebih baik. Maklumlah, perhiasan paling indah dekat dunia ni adalah wanita solehah. Perempuan ni kalau nak masuk syurga, senang je tau. Ni nak membebel kejap sebelum dengar lagu okay haha.

Pertama sekali, mestilah kena jaga aurat dan maruah kita. Ingat yee, maruah tu mahal bukannya murah. Tutup aurat tu wajib sayang. Tapi kalau dah tutup aurat, tapi still ikat rambut dengan bonggol tinggi macam belakang unta, hmm ada juga yang pakai tudung tapi lilit punya lilit, ehhh nampak pulak dada. Hmmm jadi aurat mana yang nak tutup sebenarnya ni ? Ingattt, tutup aurat dan bukannya balut aurat ye.

Kedua hm hormat mak ayah dan suami. Dalam Islam, sebelum perempuan tu kahwin, syurga dia bawah telapak kaki ibu dia. Pernah dengar tak ayat ni "Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa" Lepas je perempuan tu berkahwin, syurga dia bawah tapak kaki suami dia pulak. That's why bagi yang belum berkahwin tu, kita cubalah sehabis baik untuk bahagiakan mak ayah kita, sebab kehidupan bujang and selepas berkahwin mungkin akan berubah. Komitmen kau sebagai anak perempuan akan jadi nombor dua, sebab yang utama sekali kau kena pentingkan suami kau. Senang cerita, hormat mak ayah kau. Hormat suami kau. InsyaAllah syurga untuk kau :")

Ketiga, dengarlah perintah Allah. Maaf ye, sepatutnya ni yang pertama huhu. Allah suruh solat, solatlah. Allah suruh puasa, puasalah. Allah suruh hormat mak ayah, hormatlah. Apa je yang Allah suruh, buatlah.

Okay habis dah haha. Aku ni suka dengar lagu-lagu yang mengangkat martabat wanita. Wahhh poyo gilaa hahahaha. Bukan apa, bila dengar lagu-lagu macam tu kan aku rasa wanita ni special sangat hmm. Tapi aku tak cakap laki ni takde function eh. Mesti ada. Contohnya hmmm di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya. Kalau nak tau lebih, rajin-rajinlah baca Quran atau search dekat Google. Mesti ada jawapan :)

Lagu pertama yang menambat hati aku. Cehhh menambat hahahaha. Dari Deheraty bertajuk Wanita. Aku tau lagu ni masa jenjalan dekat blogger yang gelarkan diri dia Acik tapiiii serious aku lupa nama belog tu T_T MasyaAllah koranggg, tak terasa nak menangis ke dengar lagu ni ? Terharu gila kot huhu. Nak pula masa yang ni "Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk dilindung" Waktu pertama kali dengar, menitik jugalah air mata ni. Terharu punya pasal haha. Wahai Adam, perempuan ni insan yang lemah. Jangan kau rosakkan imannya. Jangan kau rosakkan mujahadahnya. Jangan kau kotori kasih dan cintanya untuk Illahi. Tahulah kau wahai Adam, perempuan itu tengah berusaha gigih untuk melawan nafsunya :")

Lagu kedua Puteriku Sayang by Mestica feat Munif Hijjaz. Kalau aku ada anak perempuan, aku nak nyanyi lagu ni masa nak tidurkan dia hahahaha. Jangan main-main tau, lembut seorang wanita tak bererti dia mudah dijual beli :) Jangan ingat orang boleh buat sesuka hati dekat perempuan yang lemah lembut ni. Nampak je macam dia lemah, tapi dalam hati kental tau. Haaa penuh dengan sifat kasih sayang. Sebab dalam perut dia ada rahim. Bismillahirrohmanirrohim. Nampak ? Bismillah pun ada perkataan tu, rahim yang bermakna penyayang :)

Lagu ketiga dari Dehearty berjudul Pemata yang Dicari. Yang aku letak ni versi Syurga Cinta. Pernah tengok tak cerita tu ? Lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. MasyaAllah bila dengar lagu ni aku macam tergamam sangat-sangat! Lirik dia tu hmmm mendalam gila. Sebab ada bait-bait lirik yang kita selalu sebut dalam doa kita. Perasan tak ? Haaa part yang ni. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu. Dialah permata yang dicari, selama ini baru ku temui, tapi ku tak pasti rencana Illah, apakah dia kan ku miliki.

Lagu keempat, Feelhoney yang bawa lagu Wanita Istimewa. Kalau ada lelaki yang selalu buat kau menangisss, sila bagi lagu ni dekat lelaki tu sebagai peringatan. Haha. Dalam diri wanita penuh dengar air mata, jagalah ia dengan sepenuh jiwa. Wanita berhak untuk bahagia, bukan dicipta untuk selalu derita, sayangi dia, cintai dia kerana dia wanita istimewa. Haa tak terkedu laki tu kalau kau bagi lagu ni dekat dia ? Hahaha.

Terakhir sekali lagu Jesnita dari Exists hahahahaha. Takdelah lagu ni hiburan semata-mata. Aku suka music dia haha. Jesnita mana tah aku pun taktau, bubuhlah nama Cik Fiey keee kan sedap sikit haha gurau je.

Okay untuk wanita-wanita dekat luar sana, jom berubah :")) Wah, macam ajak pergi makan je gaya aku ni haha. Takpe, benda boleh buat slow-slow. Yang penting, istiqamah. Okay tu saja untuk hari ni. Maaf kalau ada terkasar bahasa.

No comments:

Post a Comment