Sunday, 19 May 2013

Killer Paper Dah Tamat

Assalamualaikum. Fuuuhhhh ! Tarik nafas kejap. Haha sorry berbau :P Tarik nafas SIKIT je sebab paper-paper yang susah dah habis. Tinggal Seni, Sivik, Pj dengan Kemahiran Hidup jee. Alhamdulillah paper math tadi boleh tahan lah. Paper 2 senang lah kot bahahaha cuma ada 2 soalan yang memang menyusahkan kepala otak aku. Ni contoh soalan dia yang buat aku pecah kepala.

Diberi k = km-8. Ungkapkan m dalam sebutan k.

Blerrrhhh aku benci gila soalan macam ni walaupun ramai yang cakap senang ! Tapi senang untuk kau hmm T_T Haa cano ? Sape boleh jawab ? Huhu. Untuk orang biasa-biasa macam aku ni, jawapannya hentam jelah labuuu. Aku nak cakap something. Masa yang diperuntukkan untuk paper 1 math ada 40 soalan, SEKEJAP GILA WEH ! Even kau sempat siapkan 40 soalan, tapiii untuk kau cek semula jawapan memang tak akan sempat !

Lainlah subjek sejarah. Fikir dia punya fakta then bulat. Ni math ! Kiraan dia bukan setakat tambah tolak jeee x.x Tolonglah fahammm, aku terpaksa hentam beberapa soalan tadi sebab masa yang tak mengizinkan. Cikgu cakap tinggal 10 minit, masa tuu aku tak siap 10 lagi soalan tau tak ! Takkan 1 soalan 1 minit. Ni math weyy hmmm. Lainlah kalau 10-10 soalan pun pasal round off je hahahaha tu tak sampai seminit boleh jawab. Kan ke bagus kalau satu hari tu memang untuk exam math je. At least tak rushing, ye dak ? Pagi tu pukul 8 sampai 9.55 buat math paper 2. Rehat dari 9.55 sampai 10.15. Untuk paper 1 pula, 10.30 sampai 12.30. Okey kan ? Hmmm.

Dah lah lepas math tadi, sejarah pula huhuhu. Dari pukul 11.55 sampai 1.05. Ada 60 soalan tau haha ! Yang ni pun tak cukup masa juga huhu. Okay maybe aku kot yang terhegeh-hegeh. Apapun Alhamdulillah dapat jawab juga, no pengsan-pengsan okay haha. Hari Khamis ni maybe aku tak pergi kot sambutan hari guru. Maybe kena balik Perak, we'll see. 

No comments:

Post a Comment